Skip to main content

PROGRAM MESRA BERSAMA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP) UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL – Program Mesra Bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) anjuran BHEP, UniSHAMS telah diadakan pada 1 Januari 2020 bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah UniSHAMS.
     

    Program ini bertujuan untuk menjelaskan fungsi dan peranan BHEP kepada mahasiswa/wi. Antara agenda yang diberi penekanan kepada mahasiswa/wi adalah berkaitan kebajikan pelajar di mana setiap pelajar dilindungi oleh insurans/ takaful yang dikhaskan. Turut hadir bersama Ustaz Muhamad Zahir Othman, Pengarah BHEP, wakil syarikat takaful serta kakitangan BHEP.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom