Skip to main content

Program Foodbank YaPEIM di UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL – Majlis perasmian Program Foodbank YaPEIM 1.0 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof Dr. Shamsul Jamili Bin Yeob pada 5 Januari 2020 bertempat di Dewan Eksperimen UniSHAMS.

    Program Foodbank ini merupakan program kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UniSHAMS bersama dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), bagi Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Program ini merupakan satu inisiatif pihak YaPEIM dalam usaha untuk membantu meningkatkan sosioekonomi ummah khususnya para pelajar dari kumpulan keluarga B40.

    Seramai 250 orang pelajar telah dipilih sebagai penerima manfaat untuk program ini yang diadakan pada 6 sehingga 8 Januari 2020, dimana bantuan yang diberikan adalah berupa bantuan makanan selama tiga hari sepanjang program. Program ini diharap menjadi pencetus kepada program-program kerjasama seterusnya diantara pihak YaPEIM dan UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom