Skip to main content

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR PEMBANGUNAN, KORPORAT & JARINGAN INDUSTRI

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL –  Majlis perjumpaan bersama kakitangan di bawah seliaan Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat & Jaringan Industri telah diadakan buat julung kalinya pada 14 Januari 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Canselori UniSHAMS.
     

    Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zaini bin Hj. Ramli, Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat & Jaringan Industri. Beliau telah menyeru agar semua kakitangan dapat memberikan komitment terbaik serta berharap mampu bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap produktiviti dan kualiti kerja di UniSHAMS. Sesi tazkirah ringkas bertajuk ‘Bekerja sebagai Ibadah, Rezeki Berkat’ telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohamad Sayuthi Bin Haji Sanusi, Pengarah Pembangunan dan Penyenggaraan.

    Selain itu, Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat & Jaringan Industri turut menyampaikan taklimat berkaitan tatacara perolehan, pengurusan kewangan, pengurusan kenderaan serta tanggungjawab pemandu dan pengurusan asset & stor. Taklimat ini bertujuan untuk memupuk kefahaman di kalangan kakitangan agar dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan lebih efektif.

    Majlis perjumpaan ini akan diadakan secara berkala bagi mewujudkan perhubungan dua hala serta memperkasakan ukhwah di kalangan kakitangan. Mengakhiri majlis, Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Korporat & Jaringan Industri telah menyampaikan cenderamata kepada Pn. Nor’aida binti Yaacob, Setiausaha Pejabat yang telah bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar mulai Januari 2020.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom