Skip to main content

Program Santai Bulanan Warga Kerja UniSHAMS, SERIBU LANGKAH

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL - Program Santai Bulanan Warga Kerja UniSHAMS, Seribu Langkah telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Februari 2020. Program bulanan anjuran Jabatan Pendaftar UniSHAMS ini, telah diadakan di Lobi Utama, Bangunan Canselori UniSHAMS bermula jam 8:35 pagi.

    Program bulanan Siri Februari ini dimulakan dengan perbentangan Tonggak Pelan Strategik Dan Hala Tuju UniSHAMS (Champion Tonggak 1: kelestarian Kewangan) telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Izer bin Ismail, Bendahari UniSHAMS.  

    Seterusnya, acara senaman dan larian seribu langkah turut diadakan bagi menggalakan kakitangan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Larian secara berkumpulan ini telah dilepaskan dari Bangunan Canselori, merentasi dataran dan laluan sepanjang Bangunan Kulliyah dan turut disertai oleh Yang Berbahagia Naib Canselor dan Ahli Jawatakuasa Pengurusan Eksekutif UniSHAMS .

    Sustaining Knowledge Through Wisdom