Skip to main content

COVID 19: OPS HANTAR PULANG PELAJAR UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 29 April 2020 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) memulakan penghantaran pulang mahasiswa/wi ke kampung halaman, lanjutan dari perutusan khas Perdana Menteri berkaitan kelonggaran membenarkan mahasiswa/wi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pulang ke kampung.

    Ops Hantar Pulang Pelajar UniSHAMS telah bermula seawal jam 6:00 pagi, melibatkan seramai 18 orang mahasiswa/wi kumpulan pertama yang tinggal di Pulau Langkawi. Mahasiswa/wi terlibat turut diiringi oleh seorang Pegawai Pengiring iaitu Dr. Khairullizam Sapari yang bertanggungjawab untuk membuat penyerahan pelajar kepada pihak IPD Pulau Langkawi. Terdahulu, kesemua 19 orang pelajar dan Pegawai Pengiring telah menjalani proses saringan dan disahkan sihat oleh Pegawai Kesihatan Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Penghantaran pulang mahasiswa/wi UniSHAMS ini melibatkan pergerakan 6 buah bas berasingan yang menuju ke 6 lokasi penghantaran yang berstatus Zon Hijau sahaja.

    Sementara itu, pihak UniSHAMS turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba & Penyelamat, Balai Bomba Kulim Hi-Tech yang telah membantu melaksanakan proses sanitasi dan nyah kuman ke atas bas UniSHAMS. Pihak UniSHAMS sentiasa memastikan agar SOP penghantaran pulang pelajar yang telah digariskan dapat dipatuhi dengan sebaiknya. 

    Seluruh warga UniSHAMS mendoakan agar semua urusan penghantaran pulang mahasiswa/wi terlibat dapat dilaksanakan dengan selamat, serta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua mahasiswa/wi UniSHAMS. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
     
    Unit Komunikasi Korporat
    Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri & Komuniti (BPJIK)
     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom