Skip to main content

Majlis Pelepasan Benih Anak Ikan di tasik UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL - Majlis pelepasan benih anak ikan di tasik UniSHAMS telah berlangsung pada 5 November 2020. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd Zaini yang diiringi oleh Tuan Haji Mohd. Sayuthi, Pengarah Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan, UniSHAMS.
     
    Sumbangan benih anak ikan telah disampaikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia Cawangan Kedah yang diwakili oleh Encik Azri bin Yusof yang diiringi Puan Nurul Izzah binti Halim dan Encik Mahayadin bin Md Isa dari Pejabat Perikanan Daerah Baling. Sebanyak 10,000 ekor benih anak ikan spesies Baung telah dilepaskan pada majlis ini.
     
    Pihak UniSHAMS sekali merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Pejabat Perikanan Daerah Baling yang telah menjadikan UniSHAMS sebagai antara pilihan destinasi jaringan kerjasama.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom