Skip to main content

PELEPASAN BENIH ANAK IKAN DI TASIK UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 7 Disember 2020 - Majlis pelepasan 20,000 ekor benih anak Ikan Jelawat telah diadakan di tasik UniSHAMS. Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli, sambal diiringi oleh Encik Azri Yusof, Jabatan Perikanan Cawangan Negeri Kedah dan Tuan Haji Muhammad Sayuthi Haji Sanusi, Pengarah Bahagian Pembangunan & Penyenggaraan, UniSHAMS.
     
    Sebanyak 30,000 ekor benih anak ikan yang telah dilepaskan di tasik UniSHAMS hasil sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Pihak UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Pejabat Perikanan Daerah Baling yang telah menjadikan UniSHAMS sebagai antara pilihan destinasi jaringan kerjasama.
     

    Sustaining Knowledge Through Wisdom