Skip to main content

PENYAMPAIAN CENDERA KENANGAN “JASAMU DIKENANG”

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 10 Disember 2020 – Majlis penyampaian cendera kenangan “Jasamu Dikenang” anjuran Badan Kebajikan Staf (BKS) KUIN telah berlangsung di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) bersempena Mesyuarat Agung BKS KUIN kali ke-6.

    Majils tersebut turut meraikan persaraan kakitangan UniSHAMS yang telah bersara pada tahun 2020 iaitu En. Asri Abdul (Jabatan Perpustakaan), En. Liwauddin Abu Bakar (Pusat Hal ehwal Pelajar) dan Ustaz Abdul Naser Ismail (Kulliyyah Usuluddin & Sains Al-Quran) serta penyampaian cendera kenangan kepada Naib Canselor UniSHAMS, Prof Dr. Shamsul Jamili Yeob yang akan menamatkan kontrak perkhidmatannya bersama UniSHAMS. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa dan Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom