Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi UniSHAMS Ke Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman

| PRO UniSHAMS | Berita
    Alor Setar, 7 Mac 2021 - Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Amat Berhormat Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman pagi ini bertempat di Wisma Darul Aman.

    Delegasi UniSHAMS diketuai oleh Naib Canselor, Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim dan ahli Pengurusan Eksekutif iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr Wan Najzmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Haji Mohd Zaini Haji Ramli dan Pendaftar, Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar.

    Satu sesi pembentangan berkenaan hala tuju dan pelan strategik UniSHAMS 2021-2035 telah diadakan. Turut dibincangkan dalam pertemuan ini adalah berkaitan beberapa keperluan penting untuk memastikan UniSHAMS dapat mempertingkatkan lagi kualiti khidmat pendidikan serta mampu untuk memartabatkan lagi pembangunan akademik secara komprehensif, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjadikan UniSHAMS sebagai ‘Cordoba of Kedah’.

    Delegasi UniSHAMS amat berbesar hati di atas kesudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman, yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengelola UniSHAMS untuk melapangkan masa dan menerima kunjungan hormat, serta mendengar sesi pembentangan berkaitan UniSHAMS.

    Semoga UniSHAMS terus gemilang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom