Skip to main content

CHEF UniSHAMS RANGKUL 2 ANUGERAH DI SINTOK KING CHEF 2021

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 23 Mac 2021 – Pandemik COVID 19 bukan penghalang untuk tenaga pengajar Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif (HosCA) UniSHAMS untuk menyertai pertandingan Sintok King Chef 2021. Pertandingan kali ini berlangsung secara atas talian, merupakan pertandingan anjuran bersama Pusat Budaya dan Seni, Jawatankuasa Pengurusan Kebudayaan Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK), dan Kelab Jahitan dan Masakan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
    Seluruh warga UniSHAMS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan ‘Sis Kitchen’ yang telah berjaya meraih Anugerah Kreatif, yang memenangi wang tunai berjumlah RM300.00 dan pasukan ‘D’ Dapur HosCA’ berjaya merangkul Anugerah Kekemasan dengan memenangi wang tunai berjumlah RM200.00. 

    Sustaining Knowledge Through Wisdom