Skip to main content

UniSHAMS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 28 Mac 2021 – Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

    Satu sesi perbincangan ringkas berkaitan pembangunan akademik dan peranan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam melahirkan ilmuan Islam atau ulama yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara telah diadakan di Pejabat Naib Canselor.

    Turut hadir bersama dalam pertemuan serba ringkas tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pendaftar UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom