Skip to main content

UniSHAMS TERIMA RM750,000 ZAKAT PERNIAGAAN LEMBAGA TH

| PRO UniSHAMS | Berita
    Alor Setar, 30 Mac 2021 – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah menerima sumbangan Zakat Perniagaan berjumlah RM750,000 dari Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi projek Wakalah Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

    Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS telah menerima sumbangan tersebut dari Yang Berbahagia Tuan Haji Nawawi Ishak, Pengarah TH Wilayah Utara, sambil disakasikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNL, bertempat di Menara Zakat LZNK.

    Turut hadir dalam majlis ringkas ini adalah Tuan Haji Hanifah Kamarudin, Pengarah TH Negeri Kedah, Tuan Haji Ismail Osman, Timbalan Pengarah Perancangan & Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan Ustaz Mohd Shauqi Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom