Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT UniSHAMS KE PEJABAT PENGARAH JIM NEGERI KEDAH

| PRO UniSHAMS | Berita
    ALOR SETAR, 3 Mei 2021 – Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah, bertempat di Wisma Anak Bukit.

    Sesi perbincangan ringkas dan bual mesra telah berlangsung di antara Naib Canselor, Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim bersama Pengarah JIM Negeri Kedah iaitu Encik Zuhair Jamaluddin, dan turut disertai oleh Pengarah Pusat Pelajar Antarabangsa, iaitu Ustaz Zubair Abdul Rahman. Kunjungan hormat ini turut membincangkan isu berkaitan pengambilan pelajar dan kakitangan antarabangsa serta memperkukuhkan jaringan kerjasama di antara kedua belah pihak.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom