Skip to main content

UniSHAMS CIPTA NAMA DI ICU INTERNATIONAL PASTRY CHALLENGE 2021

| PRO UniSHAMS | Berita
    KUALA KETIL, 24 Mei 2021 – Pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia bukanlah penghalang untuk tenaga pengajar dari Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif (HosCA), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) untuk menyertai ICU International Pastry Challenge 2021. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah pun berlangsung dengan jayanya secara atas talian pada 7 April 2021 dan merupakan pertandingan anjuran Kesatuan Kulinari Antarabangsa (International Culinary Union) yang berpangkalan di Ibukota London, United Kingdom. Pertandingan kali ini telah disertai lebih 56 orang Chef dari lebih 17 buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India, Botswana, Cyprus, Brazil dan lain-lain lagi.

    UniSHAMS berjaya menempa nama dalam senarai sepuluh Chef terbaik apabila Chef Rushda Hadzira binti Ismail (34), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah berjaya meraih tempat ketiga pertandingan, manakala seorang lagi wakil iaitu Chef Rohaidawati binti Tumirin (39), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma turut berjaya menempatkan diri di tempat kesepuluh pertandingan.

    Chef Rushda tampil dengan sajian istimewa Pencuci Mulut bertemakan Raja Buah Malaysia iaitu Kek Keju Durian yang dibakar dengan lapisan Badam dan dihiasi Frosting Karamel Gula Melaka telah berjaya mencuri tumpuan juri dengan meraih purata mata 57.225, untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan pertandingan. Selain itu, Chef Rohaidawati turut menampilkan sajian Pencuci Mulut bertemakan buah Mangga dengan mempersembahkan Kek Keju Mangga yang dibakar dan dihiasi Frosting Ganache Badam Putih, berjaya meraih purata mata 51.575, untuk menduduki tempat kesepuluh pertandingan. Chef Rushda sebagai pemenang tempat ketiga berjaya meraih keahlian percuma Kesatuan Kulinari Antarabangsa, Cek bernilai €25.00 dan Sijil Penyertaan.

    Kejayaan kedua-dua Chef UniSHAMS pada pertandingan kali ini membuka mata peminat Pastri tanahair serta memberi inspirasi kepada para pelajar Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif (HosCa) untuk terus berusaha sebaik mungkin, dalam memartabatkan industri Hospitaliti di persada dunia dengan menampilkan keunikkan sumber-sumber dan elemen tempatan Malaysia. Dua sajian istimewa juga merupakan antara 63 sajian Pencuci Mulut yang telah dipersembahkan pada ICU International Pastry Challenge 2021.

    Kulliyyah Hospitaliti & Seni Kreatif (HosCA), UniSHAMS menawarkan lima (5) program pengajian di peringkat Diploma iaitu; Diploma Seni Kulinari (R/811/4/0347) 14.1.2023/(MQA/FA2215), Diploma Pengurusan Pelancongan (R/812/4/0035) 12.1.2023/(MQA/FA2214), Diploma Pengurusan Hotel Dan Perkhidmatan Makanan Halal (R2/811/4/0248) 18.11.2024 / (A9946), Diploma Seni Reka Grafik (R2/213/4/0035) 4.2.2024/(A9641) dan Diploma Multimedia Kreatif (R2/213/4/0144) 4.2.2024/(A9642).

    UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milikan penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang telah pun beroperasi lebih 25 tahun di dalam industri pengajian tinggi negara, menawarkan lebih 42 program menarik pelbagai bidang dan peringkat pengajian di dalam bidang seperti Pengajian Islam, Syariah & Undang-Undang, Usuluddin, Bahasa Arab, Muamalat, Pengurusan, Kewangan & Perbankan Islam, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat, Perhotelan, Pelancongan, Kulinari, Seni Kreatif, Kreatif Multimedia, Kaunseling dan Perubatan, bermula dari peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

    Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi dan Matrikulasi yang berminat adalah dipelawa untuk memohon secara terus di laman sesawang www.unishams.edu.my tanpa perlu melalui Sistem UPU Online. Dalam berhadapan Pandemik Covid 19, pelajar lepasan SPM 2020 juga boleh memohon menggunakan keputusan percubaan sedia ada untuk program peringkat Asasi dan Diploma di UniSHAMS. Jom Masuk UniSHAMS! Wadi Kecemerlangan Ummah.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom