Skip to main content

UniSHAMS SEDIA INISIATIF RINGANKAN BEBAN PELAJAR HADAPI PANDEMIK

| PRO UniSHAMS | Berita
    ALOR SETAR, 11 Julai – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) memutuskan empat perkara sebagai inisiatif untuk meringankan beban pelajar dalam menghadapi  pandemik COVID-19.
     

    Pegawai perhubungan awam, saudara Hilmi Che Halim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kewangan universiti. “ Pihak pengurusan mengambil berat dan mengambil langkah-langkah yang sebaiknya. Diharap semua ini terus menguatkan semangat para pelajar untuk meneruskan pengajian walau dalam keadaan sekarang ini”, katanya.

    Antara inisiatif yang diberikan adalah sumbangan kewangan sebanyak RM 150 setiap semester bermula sesi Disember 2020 dan Jun 2021 bagi meringankan beban kewangan pelajar untuk membayar data internet.

    Seterusnya, pengurangan yuran pendaftaran kepada Alumni yang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya sebanyak 50% serta tambahan pengurangan sebanyak RM 100.00.

    Turut diberikan ialah pengurangan yuran pendaftaran kepada semua pelajar baharu bermula sesi Jun 2021 sebanyak RM 100.00, malah pelajar juga boleh mendaftar kemasukan dengan membayar sebanyak RM 100.00 sebagai yuran minima.

    Pihak universiti juga mengekalkan tawaran Biasiswa Penuh Yuran Pengajian untuk program ASASI UniSHAMS kepada semua pelajar yang berhasrat meneruskan pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom