Skip to main content

SAMBUTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN 2020 DISAMBUT DALAM NORMA BAHARU

| PRO UniSHAMS | Berita

    17 Ogos 2021: Seramai 55 orang telah terpilih untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2019 dan 2020. Anugerah ini diberikan bagi mengenang jasa dan komitmen staf yang telah berkorban jiwa dan raga demi komitmen tugas yang diberikan.

    Majlis bermula pada 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan perasmian oleh Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim. Menurut beliau “anugerah ini diberikan kepada staf yang layak berdasarkan kriteria pemilihan yang ketat”.

    Katanya lagi “faktor utama pemilihan adalah, setiap orang mesti mendapatkan markah penilaian prestasi 85% dan keatas”. Setiap penerima akan menerima wang tunai RM 1,000.00 beserta sijil penghargaan.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan diharapkan semoga anugerah ini memberi motivasi kepada semua staf UniSHAMS untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di tahun-tahun yang akan datang.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom