Skip to main content

Mahasiswa UniSHAMS Juara Chess Championship 2021

| PRO UniSHAMS | Berita
    20 - 22 Ogos 2021: Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berjaya merangkul gelaran Juara bagi kategori wanita berkumpulan dalam MASISWA Online Chess Championship 2021 anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang dibuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kejohanan atas talian ini adalah yang pertama kali dianjurkan dan UniSHAMS telah menghantar 20 orang peserta bagi mewakili universiti dalam 4 kategori mengikut Lelaki (Individu dan Berkumpulan) dan Wanita (Individu dan Berkumpulan).
     
    Berkat usaha berkumpulan, pasukan yang telah diamanahkan oleh pengurus catur iaitu Encik Fendi telah memberi saingan dan dengan strategi yang disusun rapi, mereka berjaya melepasi beberapa pusingan di peringkat kelayakan dan akhirnya berjay dinobatkan sebagai juara. Pasukan tersebut terdiri daripada 4 ahli iaitu Fatin Nabila (Kaunseling) selaku ketua pasukan, Nurul Izyani Binti Mohd Yusop (CIFER), Nur Hannah Md Jelani (MBBS), dan Fatin Noor Farzana bt Mohd Shaifulbahri (MBBS).
     
    Mereka bersyukur atas kemenangan dan berterima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan termasuklah pihak Unit Sukan yang memberi kepercayaan kepada mereka. Syabas dan tahniah dari warga UniSHAMS, semoga lebih banyak kejayaan dirangkul pada tahun-tahun akan datang sekaligus membuktikan kekuatan dan keistimewaan UniSHAMS sebagai institusi yang tidak hanya hebat akademiknya, bahkan juga kegiatan-kegiatan kokurikulumnya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom