Skip to main content

IJAZAH PERAKAUNAN UniSHAMS MENDAPAT PENGIKTIRAFAN GLOBAL DAN SETANDING UNIVERSITI LAIN

| PRO UniSHAMS | Berita
    Baru-baru ini, UniSHAMS telah dianugerahkan sebagai program akreditasi (ACCA) pada 2 September 2021 bagi program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian (ISMPK), iaitu salah satu program di bawah Kulliyyah Muamalat & Sains Pengurusan (KMS). Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun merupakan sebuah badan global untuk akauntan profesional dan kelayakannya memberi kemahiran terkini yang diperlukan untuk menjadi profesional kewangan. ACCA telah bersetuju untuk mula menawarkan akreditasi kepada graduan ISMPK bermula 1 Januari 2021. Pengecualian akreditasi ini membolehkan pelajar ISMPK UniSHAMS memperoleh tahap pengecualian tertentu dari peperiksaan ACCA tertentu yang sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi dari program tersebut.
     

    Bersempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Jabatan Perakaunan (KMS) yang diketuai oleh Puan Roslida Zalila Ahmad Rusli, dan ahli-ahlinya, Dr. Sajiah Yakob, Dr. Khairunnisak Ahmad Shakir, Dr. Nor Zuhairatun Md Radzi, Dr. Syahiza Arsad, Dr. Rahayati Ahmad dan Puan Faizatul Hasliyanti Ghazali atas usaha mereka dalam melaksanakan hasrat UniSHAMS untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan universiti lain. Kejayaan ini juga adalah hasil bantuan nasihat daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol dan Dekan Kulliyyah, Dr. Asnani Bahari serta Prof. Madya Dr. Rosliza Mat Zin dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selaku Penasihat Luar, Encik Mohd Shakir Shahimi (KHR Chartered Accountant) selaku Penasihat Industri, Dr. Siti Seri Delima Abdul Malak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Encik Peter Gabriel (ACCA).

    Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim
    Naib Canselor UniSHAMS

    Sustaining Knowledge Through Wisdom