Skip to main content

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENSYARAH UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    KUALA KETIL; 5 Okt 2021 – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) mengucapkan sekalung tahniah kepada ahli kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Baqir Abdullah merupakan pensyarah di UniSHAMS yang telah berjaya mendapatkan Geran Kerajaan Negeri Kedah bernilai RM 50,000 di bawah Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah.

    Geran ini akan dimanfaatkan bagi tujuan kajian mengenai Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri Kedah serta cabaran dan halatuju negeri. Seramai 7 orang ahli kumpulan penyelidikan dalam menjayakan penyelidikan ini yang terdiri daripada pelbagai kepakaran bidang akademik dan merupakan pensyarah UniSHAMS dan UUM.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom