Skip to main content

YAYASAN TERENGGANU KE UniSHAMS BAGI MENEROKA KERJASAMA ANTARA KEDUA PIHAK

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil, 24 Oktober 2021 – Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan hormat Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu bersama delegasi diantaranya, Encik Mohd Hafizee Ideris, Penolong Pengarah, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Timbalan Pengarah pendidikan, Haji Jaafar Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Tajaan dan Encik Azwandi Mohamad, Penolong pengarah kanan.

    Satu sesi perbincangan ringkas berkaitan pembangunan akademik dan peranan UniSHAMS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam melahirkan ilmuan Islam atau ulama yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Pihak delegasi juga dibawa melawat sekitar UniSHAMS seperti Kulliyyah Perubatan dan Sains kesihatan, asrama dan fasiliti yang ada bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran yang ada di UniSHAMS. Di akhir lawatan, pihak delegasi dibawa menjamu selera makan tengah hari di Mock Restaurant yang disediakan oleh Kulliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif.

    Turut hadir bersama dalam pertemuan serba ringkas tersebut ialah Ahli Pengurusan Eksekutif Profesor Madya Dr. Wan Najzmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Haji Zaini Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri dan seluruh ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif JPE.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom