Skip to main content

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2021 PERINGKAT UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    02 November 2021: Meskipun dalam keadaan sederhana, ringkas dan mengikut “Prosedur Operasi Standard” (SOP), sambutan Maulidur Rasul peringkat UniSHAMS  bagi menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW. Majlis anjuran Jawatankuasa Surau Al-Insaniyyah dengan kerjasama Pejabat Pendaftar yang telah berlangsung di Surau Al-Insaniyyah, UniSHAMS.

    Perasmian majlis telah disempurkan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. “Selain berselawat sebagai tanda mengingati baginda nabi, perlu juga kita mengambil pengajaran dan contoh dalam setiap aspek kehidupan baginda. Harapan saya semoga Islam terus dipandang mulia dan masyarakat kita hidup dalam suasana harmoni, aman damai, serta selaras dengan gagasan Keluarga Malaysia,” katanya.

    Sambutan bertemakan 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti' diserikan dengan acara berzanji dan selawat & Bingkisan Cinta Nabi, Mahabbaturrasul. Turut hadir bersama Ahli Pengurusan Eksekutif Profesor Madya Dr. Wan Najzmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Dr. Rohani Desa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tuan Haji Zaini Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri dan seluruh warga UniSHAMS. 

    Sustaining Knowledge Through Wisdom