Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) KEPADA UNISHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    28 Disember 2021- Telah berlangsung majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada UniSHAMS bertempat di Bangunan Canselori, UniSHAMS.

    Majlis dihadiri oleh 4 orang wakil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) antaranya Encik Mohammad Ismawee bin Ismail (Pengurus BIMB Cawangan Sungai Petani), Puan Fathin Hamimah (Pengurus Kanan Deposit Kedah/Perlis).

    Pihak UniSHAMS dihadiri oleh Y.Bhg Naib Canselor Prof.Dr.Asmadi bin Mohamed Naim, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr.Rohani binti Desa.

    Penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM 20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) telah diserahkan dan diterima oleh pihak UniSHAMS. Sedikit cendaramata daripada UniSHAMS kepada Bank Islam Malaysia Berhad turut diberikan.

    Sumber FB: @pendaftarunishamsofficial

    Sustaining Knowledge Through Wisdom