Skip to main content

SAMBUTAN HARI RADIO SEDUNIA 2022

| PRO UniSHAMS | Berita
     

    24 Februari 2022, Kuala Ketil: Tanggal 13 Februari yang diisytiharkan sebagai Hari Radio Sedunia merupakan pengiktirafan terhadap mereka yang masih dan pernah terlibat dalam dunia penyiaran radio. UniSHAMS telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini untuk bersama menganjurkan program sambutan hari radio sedunia 2022.

    Pada satu ketika, apabila wujudnya televisyen berwarna, ada yang beranggapan bahawa radio tidak lagi relevan, namun radio masih lagi bertahan malahan bagi rakyat Negeri Kedah sendiri, mereka sentiasa mendengar slot Nasihatul Tasnim dan Irsyadul Ahkam kerana sebahagian penceramah dari UniSHAMS sendiri.

    Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli, Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi dan Jaringan Industri dan beberapa ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif. Dari Pihak RTM pula dihadiri oleh Puan Rohani binti Musa, Timbalan Pengarah Penyiaran Kedah.

    Akhir sekali, kami mengucapkan terima kasih dan syabas kepada RTM Kedah diatas penganjuran program kolaborasi ini.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom