Skip to main content

UniSHAMS Terima Bas Baharu

| PRO UniSHAMS | Berita

    6 Mac 2022, UniSHAMS hari ini menerima  sebuah bas baharu sumbangan  State Secretary Kedah (SSK). Sesi penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Paduka Ammar bin Sheikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di perkarangan Wisma Darul Aman. Hadir menerima penyerahan bas mewakili pihak UniSHAMS ialah Naib Canselor,Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed Naim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Dato' Paduka Sheikh Fadzil bin Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Pengelola Universiti. Turut hadir bersama pada majlis penyerahan ialah Timbalan Naib Canselor Kelestarian Institusi & Jaringan Industri, Tuan Haji Mohd Zaini bin Hj Ramli, Bendahari, Puan Molyna bt Mohd Annuar  serta ahli pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

    UniSHAMS mengucapkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada pihak SSK di atas sumbangan ini dan diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom