Skip to main content

RAKAMAN TITAH TUANKU CANSELOR

| PRO UniSHAMS | Berita

    21 Mac 2022, Istana Anak Bukit : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah selaku Canselor UniSHAMS pada hari ini telah berkenan berangkat menyempurnakan acara rakaman Titah Pembukaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-23, Titah Pengisytiharan Penganugerahan Sijil Akademik, Titah Pengisytiharan Penganugerahan Jaizah Imtiyaz Universiti serta Titah Penangguhan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-23. Keberangkatan KDYMM Tuanku Canselor telah disambut oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim dan diiringi oleh Pendaftar UniSHAMS, Tuan Haji Mohd Fahmi bin Sheikh Omar.

    Pihak UniSHAMS menjunjung kasih di atas limpah perkenan KDYMM Tuanku di atas penyempurnaan rakaman Titah Pembukaan Istiadat Konvokesyen Kali Ke-23. Semoga dengan limpah perkenan KDYMM Tuanku, Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-23 yang akan diadakan pada 26 hingga 29 Mac 2022 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom