Skip to main content

ISTIADAT KONVOKESYEN UniSHAMS KE-23

| PRO UniSHAMS | Berita

    28 Mac 2022, Telah berlangsung hari kedua Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams) Kali Ke-23 bagi sesi kedua dan ketiga yang melibatkan seramai 470 orang graduan. 

     Istiadat konvokesyen sidang kedua pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pro Canselor II, Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi, manakala sidang ketiga pada sebelah petang, penyampaian sijil akademik telah disempurnakan oleh Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS. 

     Bercakap kepada media sejurus majlis, Naib Canselor berkata siswazah perlu lebih berani untuk menjadi pencipta pekerjaan, berbanding menjadi pencari pekerjaan dalam mendepani cabaran ekonomi. Beliau turut berkata, matlamat itu boleh dicapai sekiranya siswazah memanfaatkan kecanggihan teknologi digital di samping mempraktikkan ilmu keusahawanan yang dipelajari. 

     Beliau dalam pada itu  berharap, graduan UniSHAMS akan lebih proaktif dan kreatif dalam mencipta peluang seterusnya memberi manfaat kepada  masyarakat dan negara.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom