Skip to main content

UniSHAMS lahirkan Atlet, Wakili Skuad Malaysia ke Sukan Asia 2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    Story:

    Siapa sangka seorang pelajar yang sedang mengikuti Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran bukan sahaja cemerlang dalam pengajiannya, bahkan turut cemerlang dalam bidang sukan Kanu sehingga TERPILIH dalam Skuad Malaysia 2022/23 ke Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ke-19.

    Anak kelahiran Pendang yang sedang mengikuti semester 7 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) ini merupakan salah seorang anggota kelab UniSHAMS Dragon Boat Club (UDBC) yang menjalani latihan di tasik milik UniSHAMS yang merupakan vanue utama dan juga mewakili Pasukan Sukma Negeri Kedah.

    Muhammad Afiq Najmi Bin Ramli yang berusia 23 tahun memaklumkan, setelah melepasi beberapa sesi pemilihan, beliau amat bersyukur telah terpilih untuk mewakili Skuad Malaysia dalam acara Traditional Boat Race (TBR) melalui satu makluman rasmi daripada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) pada 6 April yang lalu.

    Beliau akan mengikuti latihan bersama skuad Malaysia di Kelab Tasik Putrajaya sebelum berlepas ke Hangzhou, China bagi kejohonan Sukan Asia yang akan berlangsung pada 10 hingga 25 September 2022 nanti.

    Pihak pengurusan universiti melahirkan rasa bangga dan sukacita di atas pencapaian yang ditunjukkan oleh saudara Afiq, ini membuktikan UniSHAMS bukan hanya mampu melahirkan ilmuwan professional, sebaliknya ilmuwan yang juga turut cemerlang dalam bidang sukan.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom