Skip to main content

UniSHAMS Menyokong World #QuranHour

| PRO UniSHAMS | Berita

    Kuala Ketil – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) tidak ketinggalan dalam menyokong program World #QuranHour yang diadakan secara serentak di seluruh dunia. Pada tahun ini, World #QuranHour diadakan pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022 dengan penghayatan Surah Al-Sajdah yang mensasarkan misi Dunia Bersujud dan Membentuk Insan Bersujud.

    Program ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan UniSHAMS dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan Badan Kebajikan Staf UniSHAMS yang diadakan di Surau Al-Insaniyyah, UniSHAMS bermula jam 12.00 tengahari dan diakhiri dengan solat Zohor. Naib Canselor UniSHAMS bersama pengurusan tertinggi universiti juga turut hadir bagi menyatakan sokongan kepada program tersebut.

    Bacaan Surah Al-Sajdah diketuai oleh Ustaz Dr. Mohamad Alwi Bin Ab Rahman manakala pentadabbur disampaikan oleh Ustaz Muhd Thoriq Asshiddiq Bin Che Ahmad al-Hafiz dari Kulliyyah Usulluddin & Sains Al-Quran dengan penglibatan hampir 100 orang kakitangan universiti.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian kuih raya oleh Badan Kebajikan Staf (BKS) UniSHAMS dengan simbolik penyerahan oleh Ustaz Zubair Bin Abd Rahman, Pengerusi BKS kepada Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS dan disusuli kepada seluruh warga kerja UniSHAMS.

    Naib Canselor dalam ucapannya mendoakan kepada semua keluarga UniSHAMS agar sentiasa dalam rahmat tuhan dan selamat pulang ke kampung halaman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

    #World #QuranHour

    #QuranHour

    #Ramadan

    #Unishamsdihati

    #UniSHAMS

    Sustaining Knowledge Through Wisdom