Skip to main content

UniSHAMS @ RADIO KEDAH FM

| PRO UniSHAMS | Berita

    10 Mei 2022, Alor Setar – Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim hari ini bersiaran di konti Radio Malaysia Kedah FM  bersama DJ Ezza dalam mengutarakan ruang dan peluang yang ditawarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Beliau berkongsi kepada pendengar berkenaan tawaran kemasukan ke program Pengajian Asasi kepada pelajar lepasan SPM di mana kos pembelajaran akan ditanggung oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi yang layak. Beliau berkata lagi, permohonan bagi kemasukan ke peringkat asasi telah dibuka dan pelajar boleh menggunakan keputusan ujian percubaan SPM bagi tujuan permohonan dengan yuran pendaftaran serendah RM 100.00 sahaja.

    Beliau turut memaklumkan sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar asasi akan bermula pada 5 Jun 2022 dan pengambilan PERDANA pada 2 Ogos 2022 serta pengambilan bagi Asasi dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) pada 2 Oktober 2022.

    Beliau menyeru kepada anak-anak pelajar terutamanya di negeri Kedah untuk mengambil peluang menyambung pengajian di UniSHAMS dan terus menabur bakti di negeri Kedah kelak.

    Akhir siaran, beliau war-warkan kepada orang ramai untuk terus menghubungi UniSHAMS bagi sebarang pertanyaan lanjut melalui talian Whatsapp di 018-9296150 atau laman sesawang www.unishams.edu.my. Beliau juga mengajak semua pendengar ke booth pameran UniSHAMS di Karnival Pendidikan MyUni yang akan berlangsung di Tingkat 7, Dewan MBAS, Alor Setar pada 14 & 15 Mei 2022.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom