Skip to main content

PROGRAM ORIENTASI TAKE CHARGE

| PRO UniSHAMS | Berita

    9 Jun 2022, Baling – Telah berlangsung satu program orientasi yang diberi nama Take Charge! kepada pegawai-pegawai baru Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

    Program yang berlangsung selama sehari itu melibatkan seramai 30 orang pegawai baru kemasukan tahun 2020 hingga 2022. Keadaan semasa pandemik Covid 19 lalu telah membataskan untuk program ini diadakan lebih awal.

    Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan dalam mengenali menjayakan matlamat diri, juga bagi membentuk kemahiran berinteraksi dengan rakan sekerja dan warga organisasi selain membentuk sikap positif sebagai seorang warga organisasi.

    Program orientasi ini telah dibimbing oleh Dyna Ahmad Al-Idrisiy, Jurulatih Profesional dan majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fahmi Bin Sheikh Omar, Pendaftar UniSHAMS.

    Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna UniSHAMS diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada jurulatih. 

    Sustaining Knowledge Through Wisdom