Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA UniSHAMS FASA 1/2022

| PRO UniSHAMS | Berita

    21 Julai 2022 – Seramai 50 kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah terpilih untuk menerima komputer riba bagi fasa 1/2022 pada satu majlis penyerahan yang diadakan di Dewan Senat UniSHAMS. Kakitangan UniSHAMS yang terlibat adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE), Ketua Pentadbiran Kulliyyah, Pusat & Bahagian (KPB), Pegawai Kumpulan P & P (Bukan Akademik) serta Bahagian Teknikal. 

    Penyerahan komputer riba dengan spesifikasi terkini adalah untuk kegunaan operasi harian dan diharapkan mampu untuk memberikan kemudahan serta fleksibiliti kepada kakitangan UniSHAMS, dalam usaha memastikan tahap produktiviti dan kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan secara berterusan.

    Sesi sesi taklimat berkenaan garis panduan dan aku janji bagi penyerahan komputer riba turut diadakan kepada kakitangan yang terlibat. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom