Skip to main content

KUNJUNGAN REKA RANCANG SDN. BHD. KE UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    20 Julai 2022 - Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi Reka Rancang Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat perancangan dan pembangunan dari Kuala Lumpur yang terlibat untuk Perancangan Kajian Tempatan Majlis Daerah Baling 2035.

    Delegasi ini diketuai oleh Ketua Perunding syarikat iaitu TPr. Nik Ruiz Nik Ahmad Fakhrul Razy, Principal Director of Reka Rancang Sdn. Bhd. dan penasihat, Datin Paduka Dr. Halimaton Saadiah Hashim, Senior Director of Reka Rancang Sdn. Bhd. Cik Philomena Loh Tze, Puan Nur Hamizah Binti Shafar, Cik Tan Shir Yi dan Encik Noor Azri Bin Noor Azman

    Satu sesi perbincangan telah diadakan yang  bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai struktur organisasi UniSHAMS, maklumat mengenai program semasa kolaborasi antara UniSHAMS dengan agensi dalam daerah Baling serta maklumat berkaitan program dalam perancangan dengan agensi dalam/luar daerah yang boleh memanfaatkan daerah Baling dan penduduk sekitarnya.

    Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari turut dihadiri ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE) UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom