Skip to main content

Taklimat Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah (BLZNK)

| PRO UniSHAMS | Berita

    UniSHAMS, 7 Ogos 2022 - Taklimat Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah (BLZNK) telah diadakan di Bangunan A2, Pusat Pengajian Asasi.

    Seramai 30 orang pelajar Asasi dari pelbagai program telah berjaya di dalam temuduga yang telah diadakan di pejabat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

    Turut hadir dalam taklimat ialah Puan Busyra Hayati binti Md Akhir, Pengarah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pelajar (OSSC), Ustaz Mohd Khairi bin Ishak, Ketua Bahagian Pendidikan LZNK, Encik Mohd Adil bin Mustaffa, Penolong Pengurus Bahagian Pendidikan, Encik Shazril Hanis bin Salmi, Eksekutif Bahagian Pendidikan LZNK, Encik Alif Azreen bin Shafie@Hassan, Ketua Unit Penajaan OSSC dan Puan Nor Shahida binti Mohd Shaker, Penyelaras Unit Penajaan Asasi.

    Encik Adil telah memberikan taklimat kepada semua penerima biasiswa. Dalam taklimat tersebut para penerima telah ditunjukkan tatacara mengisi borang dan syarat-syarat biasiswa.

    Majlis berakhir dengan sesi penyerahan surat tawaran Biasiswa LZNK kepada pelajar Asasi berkenaan.

    Taklimat berakhir pada jam 12:30 tengahari.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom