Skip to main content

AOIFI-SECP ICM Conference - Islamabad, Pakistan

| PRO UniSHAMS | Berita

    Serena Hotel, Islamabad, Pakistan, 29 Mei 2023 - Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Asmadi bin Mohamed Naim,  telah dijemput untuk menghadiri dan menjadi panelis Persidangan Pasaran Modal Islam Pakistan kali Pertama anjuran AAOIFI-SECP ICM pada 29 Mei 2023 bertempat di Serena Hotel, Islamabad, Pakistan.  Persidangan ini adalah anjuran badan antarabangsa Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI) dan Securities and Exchange Commission of Pakistan (SECP).

    Naib Canselor telah menjadi panelis sesi forum berkaitan tajuk "Inovasi dan pembangunan kewangan Islam dalam sektor bukan bank  beserta beberapa perlaksanaan di Malaysia" (Innovation and Developments in Islamic Finance in Non-Bank Financial Sector: Some case Studies from Malaysia) bersama dengan empat panelis lain antaranya daripada negara Pakistan dan Turkiye.

    Dalam majlis tersebut, Naib Canselor telah diperkenalkan dengan Menteri Kewangan Pakistan sebagai mewakili Malaysia.

    Ketika dihubungi, Naib Canselor bersyukur dan berbesar hati kerana pihak AAOFI dan SECP terbuka menerima pemgalaman Malaysia dan mereka sanggup membiayai kehadiran jemputan ke persidangan ini.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom