Skip to main content

Majlis Mengadap Sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Canselor UniSHAMS

| PRO UniSHAMS | Berita

    Alor Setar, 2 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) telah perkenan untuk menerima mengadap Yang Berbahagia Prof. Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS pada 2 Mei 2023.

    Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

    Yang Berbahagia Naib Canselor menyembah maklum berkaitan perkembangan terkini pengurusan dan pentadbiran UniSHAMS, serta memohon limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor untuk pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UniSHAMS Kali Ke-25.

    Turut hadir bersama pada sesi Majlis Mengadap kali ini adalah Tuan Haji Mohd Fahmi Sheikh Omar, Pendaftar dan Pegawai Kanan UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom