Skip to main content

Kunjungan Hormat Pemerintah Provinsi Sumatera Barat, Indonesia

| PRO UniSHAMS | Berita
    7 Mac 2023, Kuala Ketil - UniSHAMS berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pemerintah Provinsi Sumatera Barat, Indonesia yang diketuai oleh H. Mahyeldi, S.P., Gubernur Sumatera Barat dan isteri Hajjah Harneli Bahar. Turut hadir bersama adalah Kepala Dinas Pendidikan, Kepala Biro Administrasi Pimpinan, Kepala Badan Penghubung, Bank Nagari dan Ajudan Gubernur.
     
    Satu sesi perbincangan berkaitan cadangan kerjasama strategik di antara kedua belah pihak telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, UniSHAMS. Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut adalah ahli Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah dan Pegawai UniSHAMS. Delegasi juga telah dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor dan meninjau persekitaran kampus.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom