Skip to main content

Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia

| PRO UniSHAMS | Berita
    Kuala Ketil, 8 November 2022 – Majlis penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada
    pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) yang
    terpilih telah berlangsung di Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah (DTPHH). UniSHAMS
    telah tersenarai dalam Program Inisiatif ini dan seramai 1630 orang pelajar yang memohon.
    Saringan data kelayakan dan pengesahan telah dilaksanakan bermula 2 Oktober 2022 hingga 7
    Oktober 2022 yang lalu.
    Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat
    telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di
    IPT. Setiap permohonan yang diluluskan akan mendapat tablet jenama Samsung model terkini.
    Seramai hampir 1000 orang pelajar UniSHAMS telah melepasi tapisan kelayakan dan menerima
    inisiatif kerajaan tersebut. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Dr. Rohani Binti Desa,
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom