Lembaga Zakat Negeri Kedah
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) mempelawa calon-calon UniSHAMS yang berkelayakan untuk memohon biasiswa penuh pendidikan bagi 8 program/peringkat pengajian.
-
i. Jadual ini telah dipersetujui di antara UniSHAMS dengan LZNK bagi setiap urusan khususnya tempoh permohonan pelajar.
ii. Sila rujuk Jadual Urusan Biasiswa LZNK
-
i. Beragama Islam
ii. Anak Negeri Kedah dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun dan mendapat pengesahan daripada JKKK/Amil
iii. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
iv. Tahun pertama pengajian sahaja layak memohon
v. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian
vi. Pemilihan pelajar melalui temuduga
-
i. Hanya 8 program sahaja ditawarkan biasiswa ni yang merangkumi 4 program Diploma dan 4 program Ijazah Sarjana Muda.
ii. Sila rujuk syarat kelayakan sebelum permohonan dibuat.
iii. Sila rujuk senarai program dan syarat kelayakan
-
i. Sila muat turun borang permohonan Biasiswa LZNK Klik Di Sini
ii. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan dokumen berkaitan (disahkan oleh UniSHAMS) hendaklah dihantar ke Unit Penajan & OSSC pada atau sebelum tarikh permohonan ditutup.
iii. Tawaran biasiswa ini adalah terhad
iv. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga