ptptn logo
Info PTPTN
  • i. Jadual ini telah ditetapkan oleh PTPTN bagi setiap urusan khususnya Permohonan Online PTPTN dan Bayaran Pinjaman pada setiap semester.

    ii. Pihak PTPTN hanya memproses segala urusan/permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan sahaja.

    iii. Setiap IPTA/IPTS mempunyai Jadual Urusan yang berbeza bagi memudahkan kelancaran kelulusan permohonan.

    iv. Sila rujuk Jadual Urusan PTPTN
  • i. Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah berdasarkan Tiga (3) kategori pendapatan waris/penjaga.

    Kategori 1 (Pembiayaan penuh/maksimum) :

    - Waris/penjaga disenarai penerima BR1M

    Kategori 2 (Pembiayaan 75% daripada jumlah maksimum) :

    - Pendapatan waris/penjaga TIDAK MELEBIHI RM8,000.00 sebulan

    Kategori 3 (Pembiayaan 50% daripada jumlah maksimum) :

    - Pendapatan waris/penjaga MELEBIHI RM8,000.00 sebulan

    ii. Sila rujuk Jadual Jumlah Pinjaman PTPTN
  • i. Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara atas talian (ONLINE) sahaja mengikut Jadual Urusan PTPTN UniSHAMS.

    ii. Permohonan Online hanya dibuka 2 kali sahaja (Dikenali sebagai Kelompok Permohonan) bagi setiap sesi pengajian/kemasukan

    iii. Syarat Permohonan Online (Wajib ada sebelum Online)

    (a) Akaun Bank Islam (BIMB) sahaja. (Dibuka atas nama pelajar sahaja)
    (b) Akaun SSPN1M-i (Dibuka di semua Pejabat PTPTN Cawangan Negeri)
    (c) No.Pin PTPTN (Pembelian di Bank Simpanan Negara (BSN))
    (d) Email pelajar (Aktif)

    iv. Untuk Permohonan Online, Sila Klik Di sini

    v. Sila muat turun Panduan Pengisian Permohonan Online PTPTN
  • i. Pelajar/Waris/Penjaga hendaklah membawa 1 salinan dokumen sokongan seperti perkara (ii), (iii) untuk membuka akaun SSPN1M-i di Pejabat PTPTN.

    ii. Had Umur Pelajar (Dibawah 18 Tahun)
    * 1 Salinan saiz A4 Kad pengenalan Pelajar dan waris/penjaga
    * 1 Salinan surat kelahiran pelajar dan waris/penjaga


    iii. Had Umur Pelajar (Melebihi 18 Tahun dan ke atas)

    * 1 Salinan saiz A4 Kad Pengenalan Pelajar sahaja

    iv. Bayaran minimum pembukaan Akaun SSPN1M- i ialah RM20.00 dan ke atas.
  • i. Keputusan permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh 6-8 hari bekerja selepas tarikh akhir permohonan Online mengikut kelompok tamat.

    ii. Kutipan dokumen akan dibuat pada minggu ke-2 di UniSHAMS selepas keputusan permohonan dikeluarkan.

    iii. Tarikh kutipan dokumen akan dimaklumkan melalui Portal Pelajar/ Portal Rasmi UniSHAMS (OSSC)/Kuliyyah

    iv. Penghantaran dokumen perjanjian selain di UniSHAMS adalah menjadi tanggungjawab pelajar.

    v. Tempoh sahlaku dokumen perjanjian adalah 14 hari daripada tarikh kelulusan dokumen perjanjian.
  • i. PTPTN telah menetapkan syarat di mana bayaran pinjaman akan dibuat sekiranya pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA 2.00 dan ke atas dan berstatus Aktif sahaja.

    ii. Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA Dibawah 2.00, bayaran pinjaman tidak akan dikreditkan dan pelajar perlu membiaya sendiri yuran pengajian pada semester berikutnya.

    iii. Potongan yuran akan dibuat berdasarkan pendaftaran subjek yang dibuat oleh pelajar dan baki selebihnya akan dikreditkan ke akaun pelajar.

    iv. Pelajar perlu memastikan baki di akaun mestilah minimun RM30.00 untuk bayaran pinjaman/baki selepas potongan yuran.

A. Permohonan Online PTPTN bagi UniSHAMS
SEMESTER UniSHAMS KELOMPOK PERMOHONAN TEMPOH PERMOHONAN ONLINE PTPTN

TEMPOH PROSES PERMOHONAN ONLINE
& HANTAR DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN

 (JUN/JUL) PERTAMA 1 Jun hingga 30 Jun

Keputusan Permohonan : 6 hari bekerja selepas tamat tarikh akhir permohonan Online

Tempoh Sah Laku Dokumen Perjanjian PTPTN: 14 hari dari tarikh kelulusan dokumen.



KEDUA 1 Julai hingga 31 Julai
 (DIS/JAN) PERTAMA 1 Disember hingga 31 Disember
KEDUA 1 Januari hingga 31 Januari
B.Jadual Urusan Bayaran Pinjaman PTPTN  Pelajar Semester 2 dan ke atas
SEMESTER UniSHAMS KELOMPOK PENGESAHAN PELAJAR TINDAKAN PELAJAR UNTUK PROSES STATUS PENGAKTIFAN & BAYARAN PINJAMAN JANGKAAN BAYARAN PTPTN KEPADA PELAJAR
 (JUN/JUL) PERTAMA Sebelum 1 Julai Julai
KEDUA Sebelum 16 Julai Ogos
 (DIS/JAN) PERTAMA Sebelum 1 Januari Januari
KEDUA Sebelum 16 Januari Februari

UniSHAMS

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia
+6 04 415 5000 Fax 04 415 5050
admin@unishams.edu.my
aduan@unishams.edu.my